Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera :)

Wednesday, November 11, 2026

Buah Hati Ibu 11

Suleyman 4 tahun 5 bulan 10 hari, ada genangan airmata masa ibu ajar mengaji iqra'.. mungkin ibu terlalu tegas ya sayang ibu ni.. ibu mintak maaf sayang, ibu terlupa sat yang Suleyman kecik lagi. Suara ibu kuat dan keras sampai Suleyman rasa sedih ya. InsyaAllah.. ibu cuba baiki cara yang terbaik untuk ajar kebaikan untuk Suleyman.

Kisah ni ingatkan ibu zaman ibu habis study, mengajar tuisyen. Ada sorang budak ni nangis time ibu ajar dia tu. Sekarang kakak tu dah amek TESL baru ja daftar dalam 2 bulan lepas.

Paling sedih semalam bila Suleyman start nanges kuat bila ibu letak semua kat sebelah, ibu peluk, dalam masa sama ibu berletiaq pulak dah.. Duk cakap kalau tengok kartun awat tak nanges? kalau main awat tak nanges? asal nak baca iqra' ja mcm tu lah mcm ni lah.. waaaa nangis lagi.. nanges dan terus tertidur. Rupanya Suleyman mengantuk time tu ya. Lapar pon sama jugak kan. Tidur lapar anak ibu semalam. 

Terjaga pukul 2.30 pagi.. batuk pulak.. ibu bakarkan roti.. berselera makan, termuntah pulak dengan batuk x berenti tu.. Sian dia.. Mula2 terjaga tu mcm merajuk sikit dengan ibu, tapi lepas ibu tuang air bagi minum, ibu cakap "sorry Suleyman.." terus ibu peluk Suleyman lama2.. dah, ada senyuman balik

Pagi ni ibu decide, x perlu lah ke sekolah, batuk teruk sgt nnt jangkit kawan pulak. Ibu banyak kekurangan sayang.. Terima kasih sebab sentiasa membuka hati untuk menerima apa adanya. Ibu sedar yang suara dan tindakan ibu kebanyakannya keras. Tapi setiap kali ibu ter'go beyond' dan tersilap laku sebagai seorang ibu, Suleyman sentiasa maafkan sekelip mata je, langsung takda dendam..

Semoga kemuliaan akhlak Suleyman yang satu ni kekal bersambung sampai bila-bila.

InsyaAllah, ibu sedang belajar dan cuba yang terbaik kerana Allah.

Pagi ni, Suleyman pesan kat telinga ibu time ibu peluk sayang Suleyman, "kerja elok-elok".. TQ sayang.. insyaAllah.. will do..

Bila ibu start moto dan start berangkat pergi tu.. sayu ibu tengok Suleyman dengan muka x mandi lagi tu, seluar hijau lumut dgn baju robot kuning abg iqbal tu.. duduk tengah2 buaian sebab nak babai ibu.. sambil2 duk tanya nak main dengan ibu walaupun ibu dah atas moto nak gerak, kucing, apa bahasa inggeris? lembu, apa bahasa inggeris? ibu pon jawab la setiap satu perkataan tu.. haha.. 

Ibu dulu membesar, tok sentiasa ada kat rumah, walaupun balut nasik lemak, tok xda pon hari2 tinggalkan ibu untuk pi kerja dari pagi sampai petang. Ibu tak dapat nak bayangkn perasaan kanak-kanak mcm suleyman menanti ibu balik setiap petang.

tanggungjawab ni ibu kena ambil sayang, Allah susun mcmtu, kita sama-sama reda dan ikhlas kan ya. mesti ada hikmah, insyaAllah.

Ibu sayang Suleyman, Allah paling sayang Suleyman.

Tuesday, November 10, 2026

Utusan Cinta Buat Suleyman 47

Anak soleh ibu, Suleyman

Reda itu,

Keikhlasan dan kerelaan hatimu menerima taqdir Allah.


Reda itu salah satu bukti ketaatan Suleyman dan kekuatan iman kepada Allah,

Rukun iman yang keenam.


Reda itu wujud dalam hati yang merasa cukup,

dan hati yang betul2 kuat bersandar kepada Allah.


Tak mungkin reda terbit dari keadaan hati yang lemah,

dan sentiasa rasa hidup dia dihina, rasa melarat, 

rasa hidup dia serba tak kena, serba tak cukup...


Reda itu,

Tak langsung dapat disatukan dengan keadaan yang lemah.

Engkau perlu KUAT dan TEGAS untuk tetap reda.

Dan pasti kautemukan kelembutan cinta Allah.


Kuatkan yakinmu sayang.

Ibu sayang Suleyman.

Allah paling sayang Suleyman.


InsyaAllah.. 

Thursday, November 5, 2026

Utusan Cinta Buat Suleyman 46

 Anak soleh ibu Suleyman,

Matang bukan cuma kesabaran dan kekuatan hati, ketepatan betul atau salah,  tapi seluas mana ruang yang dihamparkan dalm hati kita utk merumahkan semua rasa pada tempatnya

Sayangku, sentiasa kembali kepada Allah.

Friday, April 10, 2026

Buah Hati Ibu 10

Suleyman 3 tahun, 10 bulan..

"Ibu, Man lapaq..." tu ayat Suleyman selalu petik bila kita dah ready dah baring nak tidoq.. haha.. what?? mula2 ibu tak sangka jugak.. dah makan macam2 tadi.. tapi tiba2 lapaq tapi sebenaqnya nak makan sikit ja pastu boleh lena teruih. Tapi bila pikiaq balik.. tabiat kecik mcmni la yg beri masa tambahan kita sepnd sama2 kan Suleyman? 

Bila ibu dah pening2 pukui 12.30 malam pukui 1 pagi pi dapoq buat telur goreng hancoq.. buat teh o ka.. bukak kan balang kerepek ka.. Suleyman seronok sebab ada ibu buatkan apa Suleyman teringin tu.

Benda2 kecik mcmni buat kenangan untuk ibu Suleyman.. Besaq nanti Suleyman tak mntak dah benda2 kecik mcmtu kat ibu. Ibu selalu doakan, Suleyman membesar jadi hamba Allah yang taat solat, bersyukur, hamba Allah yang terang hati, kuat hafalan Alquran 30 juzuk dan mulia akhlak semulia akhlak Rasulullah. 

Ibu sayang Suleyman, 

Allah paling sayang Suleyman <3

Tuesday, April 7, 2026

Utusan Cinta Buat Suleyman 45

Anak soleh ibu, Suleyman

Ada ketika kita mengubah keputusan,
Plan A - B - C, 
Pada akhirnya kita pilih plan A semula,
Tapi dengan tujuan yang lebih jelas.

Bukanlah Suleyman jadi lalang ditiup angin sayangku,
Bukan jua Suleyman takda stand, tak firm.. bukan.
Pemimpin yang adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya, 
Jadi pemimpin terbaik untuk diri sendiri ya sayang...

Pada akhirnya juga, 
Sandaran keputusan yang perlu dibuat tu.. 
Bersambung teruslah dengan Allah, 
Niat betui2 untuk harap redha Allah.

Apa pon jadi setelah tu, 
Kembali pada Allah.
Allah paling sayang Suleyman <3





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...